Thursday 4 August 2011

Mesyuarat Agong Tahunan PPMM Kali Ke-24

Mesyuarat Agong PPMM kali ke 24 yang diadakan pada 30 haribulan Julai 2011  di Dewan Kuliah Masjid Negara telah secara sebulat suara mengekalkan Dato’ Haji Zainul Rijal Abu Bakar sebagai Presiden PPMM bagi sesi 2011/2013. Manakala Tuan Haji Abdul Rahim Sinwan dipilih sebagai Timbalan Presiden menggantikan Tuan Haji Mohd Haniff Khatri Abdulla yang tidak mempertahankan jawatan.  Tiga orang naib Presiden yang terpilih pula adalah Tuan Haji Azril Mohd Amin, Puan Fakihah Azhari dan Puan Marlina Amir Hamzah.

Enam orang ahli jawatankuasa yang dipilih pula adalah Tuan Mohd Nadzim Ibrahim, Tuan Roslizam Rahim, Tuan Haji Muhamad Burok, Tuan Zainal Abidin Sh Zakaria, Cik Yusmawati Ab Llah dan Tuan Mohd Firdaus Mohamed Arifin.

Tuan Abdul Halim Bahari pula dikekalkan sebagai Setiausaha Agong PPMM manakala jawatan Bendahari Kehormat akan diumumkan setelah mendapat persetujuan calon.

Pemilihan dwi tahunan ini adalah bagi memantapkan lagi aktiviti dan gerakkerja PPMM. Jawatankuasa baru ini akan berkhidmat sehingga tahun 2013. Pelbagai agenda telah dibincangkan semasa mesyuarat agong dan jawatankuasa baru ini akan berusaha untuk mencapai matlamat yang telah digariskan.

No comments:

Post a Comment